Monday, February 22, 2010

Saat MiB 'BERTATIH.....

Semalam sehingga dekat pukul 1 pg…berbincang & belajar mengenai business nie. Syukur, Alhamdullilah!! Kepada Allah kerana mempertemukan MiB dengan seorang hampa Allah yang tidak lokek dengan ilmu. Mudah-mudahan rezeki ‘Sifu’ (gelaran MiB berikan pada beliau) akan terus berkembang maju. Mendengar kejayaan ‘Sifu’ benar-benar membakar semangat MiB untuk terus mengorak langkah kehadapan dalam menceburi bidang perniagaan ini. Kata orang ‘kita perlu bertatih sebelum boleh terus berjalan’… ‘dalam bertatih pasti ada waktu & saat terjatuh..jadikan ianya iktibar…’ bak kata ‘Sifu’ dalam business ada beberapa perkara yang menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan :

1. Usaha & kesungguhan
2. Nasib @ bintang seseorang itu

Kata ‘Sifu’ lagi kita perlu ada target dalam menentukan hala tuju perniagaan. Sememangnya perbincangan bersama ‘Sifu’ memang membuka mata MiB. Pada asalnya MiB hanya punya matlamat untuk jadi peniaga minuman nie hanya secara kecil-kecilan @ bak kata orang ‘alaaa cari duit poket…tampung2 duit sara hidup’. Tapi semalaman memikirkan kebenaran kata ‘Sifu’….buatkan MiB perlu berusaha lebih kuat, bersungguh dalam menjalankan perniagaan ini. Biar ada kata nista yang mungkin melemahkan semangat, tapi MiB perlu pegang kepada nawaitu serta ingat “Perniagaan itu Satu Ibadah”.
Salah satu faktor MiB rasa business nie leh gie jauh adalah disebabkan feedback customer pada produk & brand yang cuba MiB tonjolkan. Tujuan MiB asal adalah nak berikan kelainan dalam produk2 perniagaan Ice Blended…bukan setakat Ice Blended sahaja…tetapi terdapat juga produk2 minuman yang agak berlainan dari Ice Blended yang berada di pasaran. Bak kata ‘Sifu’, “kita nak orang ingat produk kita salah satu rahsianya ialah brand & service yang kita berikan pada customer”...alhamdullilah dalam pengamatan sepanjang beberapa bulan menceburi bidang ni secara part-time….responnya cukup positive….MiB yakin ada ‘ruang’ diluar sana untuk MiB bertapak dalam arena periceblendedan ini (heheheh..merosakan bahasa jer) Banyak perancangan & cita-cita MiB untuk perkembangkan perniagaan ini...moga diperkenankan oleh yang Maha Esa....Amin...
Insyaallah blog ini akan MiB cuba seberapa kerap untuk updatekan info @ tips2 kepada pengemar coffee. Kalau ada diantara anda yang punyai idea & sebarang komen boleh laa email terus ke MiB : grouppu3@gmail.com