Thursday, February 11, 2010

Puchong Uptown

MiB telah bertapak ditempat baru setiap malam kecuali hari Isnin dari pukul 9.00pm – 1.00am (Jumaat malam Sabtu & Sabtu malam Ahad…agak lewat sikit laa) bermula 9 Februari 2010, bertempat di Puchong Uptown, Puchong Utama. Last year MiB gie survey dah tempat nie…tapi time tu tak berape happening macam sekarang & tak leh menjual minuman & makanan. Nak kata peniaga ramai macam Cheras Downtown & Danau Kota Uptown tidak lak. Sana memang terkenal dengan ‘ke-happeningan’nya (heheh...); dengan crowd ramai, perniaga pun ramai …memang best laa. Puchong Uptown nie….ok laa …business MiB pun kira ‘cargas’ laa kan…Alhamdullilah, syukur. Yang bestnya...ramai juga yang dah try MiB Special Topping...Alhamdullilah dapat jugak feedback yang positive daripada customer. Dalam sibuk-sibuk tengah prepare Ice Blended untuk customer, ada jugak customer yang berminat nak wat business nie & tanyakan pada MiB sama ada MiB ada buat franchise business nie. Buat masa nie lom laa nak wat franchise lagi, sebabnya MiB pun masih lagi baru merangkak, bertatih so kalau nak terus buat franchise besar kot modalnya. Tapi jika ada pihak yang benar-benar ingin membantu dari segi khidmat nasihat tentang business & modal, MiB berminat juga la....(hehehe...impian tu).

Bukan senang rupanya nak wat business nie terutama Ice Blended, nampak je..’ala senang jer, bancuh2 dah siap’....tapi d sebalik proses pembelajaran nak buat yang terbaiiiiikkkk tu...payah juga...nak mencari org yang leh membantu & beri tunjuk ajar payah nak dapat. ‘Tanpa Kesungguhan, Kepayahan & Kesukaran Serta Minat Yang Mendalam Tidak Mungkin Ada Kejayaan Menanti’. Betul kata orang dalam business nie tetap akan ada waktu untung & rugi....tapi simplenya business Ice Blended kalu rugi pun pada ice & fresh fruit laa (kalu yang guna concentrated liquid..selamat laa)...sebab kekadang bergantung kepada ketahanan buah2 fresh nie.....yang payah maintain pada pengamatan (perrh! ayat..) buah kiwi & mangga tahap ketahanannya kureeennng...MiB bercadang mengadakan promosi di masa terdekat bagi mempekenalkan lagi MiB produk. Updatekan diri korang dengan promosi-promosi MiB nanti yer...
Jom! Singgah Puchong Uptown & mai perkena Ice Blended, MilkShake & Sundae Blendz kami yang terbaik dari ‘ladang’ (hehehe)


sebahagian daripada Puchong Uptown...Bunga Api nie sempena Chinese New Year...tapi Bunga Api nie ada Tauke yang buat depan kedai dia...so leh nampak daripada Puchong Uptown (dekat jer) (sory laa t ada gambar terbaru MiB akan attachkan sekali tungguuuuuuuu!! Happening.....